|
lokasi: lab kaci hill, uum
mood: ok ajek n_n
lagu tema: biarlah rahsia....ihiks!!

ihiks....arini aku nak merapu sket....
mengikut teori makroekonomi,
semasa spekulasi 'main-main mata' [percintaan] antara Datuk K dan Siti Nurhaliza sedang hangat di media massa, warong mamak, kedai kopi, forum maya, sekolah etc heboh diperkatakan, utiliti di antara Datuk K dan Siti adalah berada pada tahap yang sama....
namun begitu, setelah pengumuman mengenai pertunangan dan seterusnya tarikh perkahwinan mereka yang disiarkan secara langsung [sampai kalah berita KEKEJAMAN ISRAEL yang tidak pernah disiarkan secara langsung sedangkan isu ni melibatkan keamanan yang mungkin mencetuskan PEPERANGAN DUNIA KETIGA!!tapi tak apalah, Malaysia TAK KESAH kalau berlaku PEPERANGAN DUNIA KETIGA asalkan dapat menyaksikan pujaan hati mereka dapat kahwin!!ahakss..], utiliti Datuk K merosot sedikit berbanding Siti Nurhaliza berikutan kos-kos yang terpaksa Datuk K keluarkan untuk menjayakan majlis perkahwinan yang gilang gemilang yang mencecah jutaan ringgit tersebut...sementara utiliti Siti Nurhaliza pula akan meningkat berbanding Datuk K berikutan kos-kos perkahwinan tersebut akan ditanggung oleh Datuk K....
namun begitu, utiliti Datuk K akan kembali meningkat berbanding Siti Nurhaliza apabila mereka selamat melangsungkan perkahwinan mereka pada 21hb september itu nanti....ahaksss....diharap, utiliti Siti Nurhaliza dan Datuk K akan kembali ke paras keseimbangan, dimana utiliti Siti Nurhaliza = utiliti Datuk K sehinggalah ke hujung hayat...ahaksss....
p/s: utiliti dalam konteks ekonomi adalah bermaksud kepuasan...huhuhu...kuciwa la smua peminat [terutamanya sang lelaki] bila cik siti nak menamatkan zaman bujangnya...ahaksss....
|